14 February, 2013

Anak ini kebahagiaan!









Muhammad Akyd Hijjaz Bin Muhammad Norhafriz
Anak yang hebat!

melihat dirimu membesar di depan mata,
tiada kata paling sesuai untuk menggambarkan,
betapa mama sangat beruntung memilikimu....

Ya Allah...kurniakanlah kesihatan yang baik buat diri anak ini,
jadikanlah dirinya insan yang sentiasa patuh padaMu,
insan yang sentiasa mentaatiMu,
insan yang sentiasa mensyukuri nikmatMu...

Ya Allah,
semoga anak ini menjadi anak soleh,
bijak pandai,
pemimpin yang adil,
abang yang bijaksana,
manusia yang sentiasa membahagiakan orang lain...

Ya Allah,
semoga anak ini 
dipermudahkan urusan dunia akhirat,
semoga anak ini sentiasa membaca Al-Quran,
semoga anak ini tidak lupa mendoakan mama dan ayahnya...
Ameen....

08 February, 2013

Entri Bulan Februari

Assalamualaikum..

Syukur Ya Allah aku masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan padaku...

Pagi ni damai. Sejuk. Tenang sangat. Dingin subuh jumaat yang dihidangkan dengan perkhabaran sedih. Perkhabaran perginya seorang bidadara syurga adik Adam Syukri...aku mengetahui kisahnya sejak tahun lepas..dan pagi td MHI TV3 menyiarkan perjalanan terakhir penghuni syurga ini di pangkuan ibunya. Sebak. Air mata aku tak mampu dibendung. Memang hati mak-mak sungguh. Siapapun yang menonton pasti akan tersentuh. Syurga buatmu sayang...Jannah nan indah...

Sebak membungkus dada. Aku terus mendapatkan anak bujang kesayangan. Hero kebanggaan. Anakanda Muhammad Akyd Hijjaz masih lena. sayang nak bukak mata. Mama panggil banyak kali pun dia masih lena. Penangan tidur lambat malam tadi. Kurenung wajah mulus itu. Kurniaan terindah ini. Mama sayang Akyd. Tiada kata yang menggambarkan perasaan sayang mama tu banyak mana. Sungguh. Mama sayang kamu, nak.

Mata kualihkan mencari kelibat en suami. Dai Kecintaan. Dia Kebahagiaan. Dia Ketenangan Jiwa. Dia yang ku cinta. Perjalan episod cinta menjadi suri dalam hidupnya terlalu baru. Baru 2 tahun. Masih banyak yang perlu dipelajari. Perlu aku perbaiki. Moga kita sama-sama sabar dan tenang merasa manisnya hidup berumahtangga ini. Ayu sayang abang. Tiada kata yang boleh menggambarkan perasaan sayang isterimu ini pada abang banyak mana. Ayu sayang abang,suamiku.

Anak mama yang dalam perut ni, semoga kita sama-sama peroleh ketenangan menghadapi kehidupan ini. Nikmati kenikmatan duduk dalam perut mama...mama suka gerakan dan tendangan mu yang mempersona,  ada potensi jadi pemain bola...nanti bila dah lahir kelak, jangan pulak suka tendang-tendang orang okey!

Semoga kita semua diberi ketenangan jiwa. Kebahagiaan dan kesejahteraan. Moga kasih antara kita semua mekar selamanya.

Salam jumaat untuk semua..mari banyakkan selawat!