I
aku mencari ruang
buat diriku berbicara
agar ada yang mengerti
rasa hati ini
II
ruang itu ada
cuma terlalu sempit
buat insan seperti aku
III
syukur..
walau sempit
walau terhimpit
sekurang-kurangnya
aku masih ada ruang
berbanding orang lain
IV
aku akan penuhi ruang itu
dengan warna-warna indah
seindah pelangi!
No comments:
Post a Comment