19 October, 2009

isi saja...

waktu terkini : jam 1113 a.m

maka...waktu untuk mengisi perut!

on diet?hahaha..........

baek.........

14 October, 2009

permulaan yang baru bermula...

Terlalu lama aku tak 'menghadiahkan' sesuatu di sini...banyak sangat kekangan yang menghalang...ketiadaan internet salah satunya....biar apapun, apu cuba utk mencatatkan sedikit apa yang berlaku sekitar beberapa bulan ini...

Ogos 2009
Mendapat tawaran untk mengajar di kolej komuniti...impian hampir menjadi nyata...dalam masa yang sama sibuk mengurus diri utk urusan konvokesyen...sibuk jugak cari rumah dan buat medical checkup....terpaksa memohon dana kewangan dari pelbagai sumber(hahaha..gaji buat bayar utang la jawabnye..) segalanya harus beres sebelum ramadhan menampakkan diri...

Sepuluh ramadhan terawal harus dihayati sebaiknya...utk beribadah dan untk makan masakan mak puas-puas!lepas ni aku akan keluar dari negeri kelahiran ku utk berkhidmat...demi negara tercinta...ewah...

September menjelma....
memulakan awal september di tempat baru...dengan niat untuk berkongsi ilmu dan belajar sesuatu yg baru..the prosess of learning pun bermula...muhasabah diri,i need to be strong...

syawal menampakkan diri di saat tidak bergaji!xbest rasenya...seakan menjadi beban..aku pun segan sbb tak dapat menyumbang apa-apa utk lebaran kali ini...aduhai....

giliran oktober..
pulang ke negeri aku berkhidmat,hampir sebulan setengah..aku merasa gaji pertama!lega yg amat sgt...terima kasih Ya Allah... aku pulang ke kampung demi memenuhi tuntutan tanggungjawab dan ingin menggembiran hati insan2 yang dekat padaku...syukur Alhamdullillah...urusan dipermudahkan...semua merasa...lega...biar aku meneruskan kehidupan dengan baki yang ada..itu lebih baik...

catatan lain nanti,aku akan abadikan hari-hari yang aku lalui di sini...

Manis dalam kelabu,
dalam kelabu ada indahnya,
tawa dalam sendu,
dalam sendu ada rindunya....