07 August, 2015

Berhabuk. Terperam Lama. Kepam.


Apa lagi perkataan yang paling sesuai.

Sekian lama aku tinggalkan blog ini. Sepi.
Kasihan kau.

Andai punya waktu, InsyaAllah mahu kembali menulis.
Moga beroleh kesempatan.

Banyak sangat yang dah terlepas.
Moment penghijrahan tempat mencari rezeki, Bumi Karak nan permai hampir setahun ditinggalkan.
Allah beri peluang untuk berbakti di Selangor pula. Susunan dari Dia cukup cantik. Maka nikmat yang mana mahu kau dustakan?

Kehidupan yang semakin baik. Alhamdulillah. Ahli keluarga pun semakin bertambah. diberi nikmat kali ketiga adanya insan dalam rahim mama. Moga si kecil ini baik-baik sahaja. menambah seri dua abam sado yang semakin membesar. riuh rendah. Sungguh. Mereka sangat membahagiakan.

Percayalah dengan tiap rezeki yang Dia beri. Kerana Dia Maha Pemberi. Alhamdullillah. Moga kami sekeluarga terus menjadi hambaNya yang mensyukuri nikmat.


Aidilfitri 2015. Moga kebahagiaan ini berpanjangan.

Lakukan sesuatu itu dengan ikhlas, sepenuh hati, dan sedar diri.
InsyaAllah, hasilnya baik-baik sahaja nanti. Amin.