26 July, 2010

Anak...

Tubir mata bergenang
gigil menahan
agar tidak tumpah
bertahanlah...

Kudrat kian tidak berdaya
namun harus digagahi jua
tidak ada apa yang jadi sandaran
cukup sebuah cinta dan pengorbanan

mana mungkin aku tewas di sini
harus bangkit dan tidak rebah
biar nampak lemah
biar nampak resah

asal rasa kental masih membara
jalin lah semula
sisa kekuatan yang tinggal
ikat dan simpul erat
kejap dan kemas

demi kasih ini
aku akan terus disisi
itu sahaja yang mampu diberi
kerana kasihmu abadi
tiada galang ganti

p/s:doakanlah kesihatan ibunda dan ayahanda tercinta..mereka jantung hati ku sedang tidak sihat...

No comments:

Post a Comment