24 May, 2010

Plastik durjana...

Sengaja untuk membuat entri tanpa gambar ini hari...Maaf, tajuk agak kasar bunyi nya. Tajuk mungkin tidak sesuai, tapi aku masih gunakan akal. Puas aku fikir, tapi tajuk itu yang terfikir. Takpe kan?

Biasanya, ramai blogger akan menggunakan blog sebagai medium untuk berkongsi cerita buat pembaca di alam maya..siapapun kamu yang sedang membaca blog aku ini, jika ada, kamu bebas untuk menggunakannya, gunakan lah dengan cara yang paling bijaksana...maksud aku, sila gunakan akal...

Meniti usia suku abad menjadikan aku perlu lebih menghargai kehidupan...
setiap orang mengharapkan kesempurnaan dalam hidup, begitu juga aku..bohong kalau aku katakan yang aku mahu berada di tahap ini sampai bila-bila..sangat plastik okey....

Plastik.sangat sukar utk diuraikan (sila cari fakta sains mengenai plastik, aku tak berapa pandai). Begitu juga individu yang plastik. Sangat degil. Sangat buruk perangai. Dirinya dan plastik sangat susah dipisah kan. Bagai isi dan kuku.Bagai aur dengan tebing. (eh,ape aku merapu?)

Bila melihat orang plastik yang bijaksanaa, sangat menjelekkan. orang plastik yang aku maksudkan bukanlah orang yang memakai baju hujan plastik kaler kuning saat hujan turun tiba-tiba dan mahu segera pulang dari kerja. Bukan. Bukan orang plastik sebegitu. Maksud aku, orang yang sangat pandai berpura-pura. Bermuka-muka. Ya itu orang plastik.

Tolonglah. Berhentilah jadi plastik. Akibatnya bukan sekarang. Kemudian nanti.

Semoga aku tidak tergolong sama.Amin.

No comments:

Post a Comment